Isnin, 26 Ogos 2013

KEMPEN KAWALAN TIKUS DI PEKAN KUNAK

PENYAKIT LEPTOSPIROSIS (KENCING TIKUS)

Pengenalan 

Penyakit Leptospirosis disebabkan oleh bakteria Leptospira.Bakteria ini boleh hidupdi air tawar selama lebih kurang sebulan.

Cara Jangkitan 

Ia dibawa oleh haiwan - haiwan seperti :
1. Tikus.                             
2. Kucing.                          
3. Anjing.
4. Lembu.
5. Kambing.
6. Burung.
7.Haiwan Lain.

Manusia boleh dijangkiti secara kontak langsung dengan air yang tercemar oleh air kencing haiwan - haiwan tersebut. Tempoh inkubasi adalah selama 4 hari hingga 19 hari.

Tanda - tanda Jangkitan

1. Demam.
2. Sakit kepala.
3. Muntah - muntah.
4. Cirit - birit.
5. Sakit otot.
6. Sakit di bahagian belakang abdomen.
7. Kemerahan pada mata.
8. Ruam kulit.
  

Langkah - langkah Pencegahan

1. Menjaga kebersihan persekitaran di rumah.
2. Tutup makanan supaya dapat dihindari dari tikus.
3. Mencuci tangan dengan air dan sabun semasa menyediakan makanan dan sebelum makan.
4  Mencuci tangan dan kaki serta bahagian anggota badan yang lain dengan sabun selepas bekerja di kebun.
    membersihkan sampah dan kawasan rumah selepas banjir.
5. Segera mendapatkan  rawatan jika mempunyai tanda - tanda jangkitan.





                                                                                                                                                                                                  




Banner Kempen Kawalan tikus




Antara anggota Balai Bomba Kunak Yang Terlibat Dalam  menjayakan Kempen Tersebut.





Orang ramai yang hadir pada hari tersebut.







Orang ramai berkumpul untuk memulakan kempen tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan